Selasa, 20 Oktober 2009

bintang hati empat

assalamualaikum...

haih... biar aku mengeluh dlu sbb aku xnak mengeluh lagi nanti. mm! akhirnya.. aku kembali kepada yg asal, kepada titik mula. Jauh aku berjalan selama 6 tahun, akhirnya aku terpaksa buat satu U-turn terkejut, umpama kereta drift tu. yg mana bukan dgn rela aku nak wat pusingan maut tu, tp mmg aku dihidangkan dgn sign board NO ENTRY di dpn. pelik betul kiasan aku.

neway, inilah kehidupan. byk yg kita sendiri x paham ape yg telah, sedang dan bakal terjadi. perubahan.. hari ini aku hendak berbicara tentang perubahan. mengapa perlunya perubahan. manusia berubah bersebab. tp kadang2 sebab tu mmg x jelas. buatkan terfikir, buatkan kita tertanya2, buatkan kita sengsara. perubahan dlm hidup mmg sesuatu yg sukar nak di rungkai. lebih2 lagi bila berkaitan dgn hati dan perasaan.

satu yg aku belajar dgn perubahan ialah kita mesti menerima dgn redha segala juga perubahan. yg mana kita sedar jika yg lain boleh menerima, mengapa tidak kita. mungkin kadar masa penerimaan kita tak sama, tapi belajarlah menerima perubahan dalam hidup. kerana kita sendiri juga perlu berubah. walau hati kecil kita kerap menangisi, mengeluh atau mungkin juga mengalu-alukan perubahan tersebut, keredhaan itulah yg sebenarnya di cari.

aku berazam melalui perubahan hidupku dgn penuh ketabahan dan kesungguhan. aku berazam perubahan hidupku mestilah ke arah kebaikan. dan aku berazam menjadikan perubahan hidupku satu pengajaran berharga buatku mencapai kejayaan dan kebahagiaan.

Moga dgn keredhaan ku mendapat sinar cahaya dari MU Ya Allah... amin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan