Khamis, 20 Ogos 2009

bintang hati tiga

Salam..
setelah lama x menulis kat sini, arini nak bercerita tentang cita2 aku plak. aku bercadang nak buat pertanian secara kecil2an dlm ms terdekat ni. yg aku dh narrow down kan ialah samada tanaman cendawan atau pun ternak cacing. neway masalah utama ialah tempat dan modal. yg lain plak adalah berkenaan step mula dan equipments yg diperlukan. aku tgh mengumpul seberapa byk maklumat skang ni. pastu maybe dah boleh mula wat paper work. aku gak dpt byk sumber utk jd rujukan cuma soklan pertama dorg mestilah "dah ade tempat? modal" hmmm susahnye... aku nak cuba cari org yg dpt sama2 usahakn ngan aku kalau boleh. ye r kalau aku give up pun sekurang2 nya ade yg support nanti. tp xpe.. aku akan cuba usahakan juga. biarlah kecik pun x untung byk pun. janji aku puas ati ngan ape aku cuba wat. doakan aku. wasalam

Khamis, 6 Ogos 2009

bintang hati dua

"Untuk menjadi insaf. Untuk hati kita menjadi besar, merah menyala dan bersinar supaya kita hidup menerangi dunia ini dengan perbezaan yang positif yang diminta kita bawa. Dinding-dinding tebal di hati yang luka itu hanya dapat cair dan pecah dengan 2 perkara yang nampak mudah tetapi memerlukan kekuatan iaitu KEMAAFAN dan KESYUKURAN. - Dr. Rozieta Shaari"

assalamualaikum..

kemaafan.. itu yg aku cuba singkap hari ini. mudahkah kita memberi kemaafan? atau mudahkah kita meminta kemaafan? aku selalu di minta utk memaafkan, tp adakah org lain akan memberi kemaafan kepada ku? di mana ruang utk aku jika setiap kali ruang itu di beri pada org lain? adakah org akan mudah memaafkan aku jika aku mudah memaafkan yg lain?

aku sebenarnya tahu aku byk membuat silap dan salah. kadang kala aku harap aku hanya bermimpi dan bila tersedar, aku masih boleh bangkit dn membetulkan kesilapan. tp x mungkin kan? apa pun aku sedar, hidup tetap perlu di teruskan. hati mesti di tabahkan dan semua yg terjadi pasti ade hikmahnya... ya, itu yg aku perlu tanamkan dlm diriku. dan sbb itu ia menuntut aku memberi kemaafan. kerana tanpa kemaafan aku tidak mungkin menjadi tabah. ketabahan tanpa dendam lebih bermakna dari ketabahan yg disulami dendam.. betul kan? kan? kan?

so.. hari ini aku mahu memberi kemaafan kepada semua. dan aku juga ingin memohon maaf andainya aku melakukan kesilapan yg mana aku juga manusia biasa. tiada yg sempurna. cuma berilah ruang utk aku terus hidup dgn lebih tabah di ruang2 alam yg terbentang ini. semoga dgn kemaafan ini menenangkan aku..

assalamualaikum..

bintang hati satu

Assalamualaikum...

hari ini hari yg pelik utk aku. aku x pernah bercita2 utk menulis di blog. apakan lagi utk mempunyai blog ku sendiri. sememangnya aku sendiri tak berminat dgn bidang ini. tp ntah mengapa aku buat semua ni. mungkin sbb aku sedang melalui satu perubahan. tp aku xpasti perubahan ini berlaku secara ikhlas maupun kerana aku terpaksa.

ape pun biarkanlah dlu. biarlah aku memperkenalkan diri. aku memilih nama bintang kurniaan sbnarnya ada 2 sbb.. pertamanya perkataan bintang itu sendiri byk meninggalkan kesan kepada aku di zaman sekolah. bkn kerana aku seorg bintang. tp sbb aku ada admire pada seorng budak lelaki yg aku gelar kannya bintang. aku bukanlah seorg yg menarik, jd aku x berani nak approach atau usaha dptkannya. sbb tau mesti kena reject. so aku hanya admire diam2 sudah. aku gelarkannya bintang sbb dia pernah menegur aku semasa aku dan jiran ku mengira bintang. kelakar kan.. itupun nak jd isu.

neway, perkataan kurniaan itu sbnarnya maksud kepada namaku. kurniaan.. ya aku merupakan kurniaan kedua org tua ku. dn aku merupakan satu2 kurnian Allah kepada mereka.

hmm actually xtau nak tulis ape lagi. pening gak kepala nak pk camner nak wat blog ni sumer. ni pun rujuk2 dri internet jer. pakai bedal je. kalau ade saper2 yg nak bg tunjuk ajar dipersilakan. untuk ms ni tulis sampai sini je kot. berjumpa lagi.

assalamualaikum..