Jumaat, 30 Oktober 2009

bintang hati enam

assalamualaikum...

yeeehaa..!! hari ni hari terakhir aku berkerja di syarikat ni. rs x sabar nk pergi pun ada tp pd masa yg sama rindulah jugak.. haihh byk gak kenangan. 5 bulan kan kat sini. aku mesti rindu kat tempat ni bila x kerja nanti. yerlah inikan tempat pertama aku kerja ( x termasuk Praktical dlu r) sejak kerja kat sini aku dah tau selok belok area wangsa maju ni, even x jauh dri umah tp aku mmg x biasa ngan tempat ni. skang ni bkn kata area wangsa maju, area2 kl yg lain pun aku dh makin tau gak. biasalah lah kena keluar wat sales kan, belajar lah sikit2. keje kat sini dpt lah aku merasa jumpa artis. hehehe sbb ramai org suka shooting area ni. tetiba terkenang waktu g wat sales ngan kwn sekerja, kdg2 tu kena redah sorg2. huh mmg byk mengajar aku berdikari. Neway, ini bkn penamat utk aku. tp aku memandang sumer ni sbgai satu permulaan hidup aku. semua ni sbgai satu bekalan sblm aku melangkah ke alam sebenar. hahh itulah yg aku tanamkan dlm diri skang ni. baru boleh maju. ye x? hehehe ok lah sbb hari ni my last day, aku akan enjoy this last day with lots of cheer. :) good bye and thank a a lot v-bioscience, gonna miss you.

Khamis, 22 Oktober 2009

bintang hati lima

assalamualaikum...

tinggal seminggu dan 1 hari lagi sebelum aku meninggalkan pekerjaan ku di sebuah syarikat yg telah mengajar aku erti alam pekerjaan. aku rs berterima kasih kepada semua warga syarikat ini yg telah byk membantu aku dlm 5 bulan ku di sini. byk yg aku belajar dan byk yg aku mula sedar tentang hidup sebagai pekerja. ye lah selepas 2 minggu abis belajar, terus aku kerja kat sini. x sempat nak menikmati rehat pun. hehehe dlu aku rs bersemangt nak kerja, biasalah baru bermula, lebih2 lagi ade target sendiri. tp lepas dh kena dumped ni, mmg aku akui agak tertekan utk bekerja. neway aku minta resign bukanlah totally disebabkan peristiwa malang ku itu. tp makin lama mmg aku mula sedar yg bidang kerja ni bukan lah sesuatu yg serasi ngan jiwa aku. so aku wat keputusan utk resign. ye lah dari aku buat bos x puas hati bayar gaji aku, dan aku sendiri x puas ati ngan kerja aku, baik aku resign dri masing2 ade perasaan x puas hati dlm diri masing2 kan? mmg ramai gak yg kata aku bodoh wat keputusan camtu. yelah dlm keadaan ekonomi yg x menentu ni, ramai yg x bekerja, aku plak senang2 je wat keputusan utk resign. tp ntahlah, aku agak yakin dgn keputusan yg aku dah buat. target aku sekarang ialah pergi berehat, cari ketenangan dan muhasabah diri ( xdelah sampai ke sabah even nak muhasabah). selepas tu aku tekad utk kembali menjadi seorg yg baru dgn azam baru dan membawa 1 semangat baru. hopefully segalanya di permudahkan dan dimakbul oleh ALLAH. lepas tu bila dah jd org baru barulah boleh cari cinta baru.. x gitu? hehehee chaiyok2... aku tau aku mampu bangkit kembali. YeAH!!!

Selasa, 20 Oktober 2009

bintang hati empat

assalamualaikum...

haih... biar aku mengeluh dlu sbb aku xnak mengeluh lagi nanti. mm! akhirnya.. aku kembali kepada yg asal, kepada titik mula. Jauh aku berjalan selama 6 tahun, akhirnya aku terpaksa buat satu U-turn terkejut, umpama kereta drift tu. yg mana bukan dgn rela aku nak wat pusingan maut tu, tp mmg aku dihidangkan dgn sign board NO ENTRY di dpn. pelik betul kiasan aku.

neway, inilah kehidupan. byk yg kita sendiri x paham ape yg telah, sedang dan bakal terjadi. perubahan.. hari ini aku hendak berbicara tentang perubahan. mengapa perlunya perubahan. manusia berubah bersebab. tp kadang2 sebab tu mmg x jelas. buatkan terfikir, buatkan kita tertanya2, buatkan kita sengsara. perubahan dlm hidup mmg sesuatu yg sukar nak di rungkai. lebih2 lagi bila berkaitan dgn hati dan perasaan.

satu yg aku belajar dgn perubahan ialah kita mesti menerima dgn redha segala juga perubahan. yg mana kita sedar jika yg lain boleh menerima, mengapa tidak kita. mungkin kadar masa penerimaan kita tak sama, tapi belajarlah menerima perubahan dalam hidup. kerana kita sendiri juga perlu berubah. walau hati kecil kita kerap menangisi, mengeluh atau mungkin juga mengalu-alukan perubahan tersebut, keredhaan itulah yg sebenarnya di cari.

aku berazam melalui perubahan hidupku dgn penuh ketabahan dan kesungguhan. aku berazam perubahan hidupku mestilah ke arah kebaikan. dan aku berazam menjadikan perubahan hidupku satu pengajaran berharga buatku mencapai kejayaan dan kebahagiaan.

Moga dgn keredhaan ku mendapat sinar cahaya dari MU Ya Allah... amin.