Khamis, 6 Ogos 2009

bintang hati dua

"Untuk menjadi insaf. Untuk hati kita menjadi besar, merah menyala dan bersinar supaya kita hidup menerangi dunia ini dengan perbezaan yang positif yang diminta kita bawa. Dinding-dinding tebal di hati yang luka itu hanya dapat cair dan pecah dengan 2 perkara yang nampak mudah tetapi memerlukan kekuatan iaitu KEMAAFAN dan KESYUKURAN. - Dr. Rozieta Shaari"

assalamualaikum..

kemaafan.. itu yg aku cuba singkap hari ini. mudahkah kita memberi kemaafan? atau mudahkah kita meminta kemaafan? aku selalu di minta utk memaafkan, tp adakah org lain akan memberi kemaafan kepada ku? di mana ruang utk aku jika setiap kali ruang itu di beri pada org lain? adakah org akan mudah memaafkan aku jika aku mudah memaafkan yg lain?

aku sebenarnya tahu aku byk membuat silap dan salah. kadang kala aku harap aku hanya bermimpi dan bila tersedar, aku masih boleh bangkit dn membetulkan kesilapan. tp x mungkin kan? apa pun aku sedar, hidup tetap perlu di teruskan. hati mesti di tabahkan dan semua yg terjadi pasti ade hikmahnya... ya, itu yg aku perlu tanamkan dlm diriku. dan sbb itu ia menuntut aku memberi kemaafan. kerana tanpa kemaafan aku tidak mungkin menjadi tabah. ketabahan tanpa dendam lebih bermakna dari ketabahan yg disulami dendam.. betul kan? kan? kan?

so.. hari ini aku mahu memberi kemaafan kepada semua. dan aku juga ingin memohon maaf andainya aku melakukan kesilapan yg mana aku juga manusia biasa. tiada yg sempurna. cuma berilah ruang utk aku terus hidup dgn lebih tabah di ruang2 alam yg terbentang ini. semoga dgn kemaafan ini menenangkan aku..

assalamualaikum..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan