Selasa, 7 Jun 2011

bintang hati lapan

Assalamualaikum...

lama sgt x menulis.. pelik pula rsnya nak menulis kat sini. biasalah bila hati gembira kadang2 kita alpa. bila hati dh sepi barulah cari ruang nak meluahkan ye x? :)
macam biasalah.. dah setahun setengah berlalu.. mcm2 pengalaman hidup dh aku lalu... kdg2 bila keikhlasan kita dipandang enteng, hati kita jd sakit jiwa kita jd pilu. perasaan sedih tu jgn lah kata.. air mata ni x pandai pun nak kering... byk yg aku fikirkan. bila musibah dtg, adakah ini balasan dosa2 aku. mmg dosa2 aku byk. terlalu byk. jd jika ini adalah balasannya terpaksalah aku redhakan jua.
persoalan nya sekarang bagaimana harus aku melangkah sekali lg selepas ditinggalkan untuk kali kedua? pedih bunyinya tp yg menanggung lebih mengerti apa yg di rasakan. ada yg berkata sikap ku yg terlalu bersedih umpama tidak percaya pada Illahi, tp bukan itu yg ada di hati ku. mungkin kerana aku terlalu ikutkan perasaan ku. aku harus percaya takdir yg ESA. segalanya pasti ada jawapan dan pengakhiran yg baik. Ya Allah.. tabahkan hati ku.. tenangkan jiwaku.. jika ini suratan bagiku.. permudahkan lah aku melaluinya...

satu yang pasti, hati ku kini lebih kebal, aku lebih tabah berbanding dlu. Ya Allah terima kasih kerana masih bersama ku. di saat tiada yg mengerti hati ini, Kau yg paling mengeeti apa yg ku rasakan. tanpa perlu ku ungkapkan apa2. Moga apa yg di rencanakan untuk ku, akan memberi sejuta kebahagian yg lebih abadi buat ku. Alhamdulillah.. aku akan tawakal dgn Mu dan redha dgn ketetapan MU.. Amin....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan